Saturday, 16 August 2014

Orang Kota Tinggi sumbang RM 60,396 untuk Gaza, MH370 dan MH17!

Orang Kota Tinggi sumbang RM 60,396 untuk Gaza, MH370 dan MH17!

Majlis Muafakat Raya yang diadakan di Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi pada 16 Ogos lalu bukan sahaja berjaya menarik 30,000 pengujung, tetapi juga berjaya mengutip sejumlah RM60,396ribu untuk disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza, mangsa MH370 dan MH17.

Antara penyumbang terbesar ialah Yayasan Mesra, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Masjid-Masjid sekitar daerah itu, pejabat daerah, pejabat kadi, pelajar-pelajar sekolah, pemenang-pemenang pertandingan gerai ceria dan rakyat yang hadir pada majlis berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang hadir pada sebelah petang turut beramah mesra dengan pengujung dan  menyaksikan penyerahan sumbangan RM 25,000 oleh Pengerusi Yayasan Mesra yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsannuddin Harunnarashid kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Pada sebelah malam pula berlangsung program Dakapan Gaza, MH370 dan MH17 di mana pengunjung dihiburkan oleh persembahan artis seperti Maya Matahari, Rem, Siti Saida dan Nomad. Pengunjung juga menerima kejutan apabila Ehsanuddin menunjukkan bakatnya mendeklamasikan sebuah sajak berjudul “Mendung di Palestin”.






























No comments:

Post a comment