Tuesday, 4 March 2014

Sekitar Himpunan Bantah Penyalahgunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja

Sekitar Himpunan Bantah Penyalahgunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja

5 Mac 2014

Istana Kehakiman Putrajaya





















Nyaris-nyaris hendak jadi kejadian yang tidak ingin kita lihat di Istana Kehakiman tadi selepas sekumpulan lebih kurang 20 orang ahli Comango bikin provokasi ketika lebih 2500 umat Islam berkumpul menunggu keputusan rayuan gereja berhubung penggunaan kalimah Allah.

Kejadian itu tidak lama tapi cukup memanaskan keadaan sehingga ada yang terkena balingan objek termasuk botol air mineral.

Pada mulanya, keadaan cukup tenang dan terkawal, umat Islam yang berkumpul bersolat hajat, membaca yassin dan mendengar ceramah di depan Istana Kehakiman tiba-tiba bangun dan mara sedikit ke hadapan kira-kira 20 meter ke arah pintu masuk lobi mahkamah sambil melaungkan takbir.








Seorang dari dari kumpulan tersebut yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.Seorang dari dari kumpulan tersebut yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, kalimah Allah bukan untuk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.

"Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

"Saya datang ke sini atas nama agama Islam...saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
 "Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia," kata kepada media di situ.


No comments:

Post a comment