Saturday, 4 January 2014

Sekitar demo Geramm

Lebih kurang 100 orang hadir di bantahan sekumpulan wartawan dan aktivis pembangkang yang menuntut pembatalan penggantungan akhbar 'The Heat' dan pemansuhan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Sebahagian besarnya berpakaian merah memulakan bantahan di hadapan pejabat Majlis Peguam sebelum bergerak ke arah Dataran Leboh Pasar.

Jurucakap Geramm, Fathi Aris Omar berkata kumpulan itu tidak lama lagi akan menyerahkan petisyen yang mengandungi lapan tuntutan dan pensil merah sebagai simbolik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mereka juga menyeru agar layanan yang lebih baik diberikan kepada pengamal media bagi semua acara kerajaan dan politik tanpa pilih kasih.

"Bantahan ini adalah satu mesej kepada kerajaan untuk mengambil perhatian bahawa media kini bersedia untuk mengambil untuk jalan untuk berjuang demi kebebasan akhbar,"katanya.

Protes yang diadakan dalam pemerhatian polis itu berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini pada pukul 3.30 petang.-4/1/2014














No comments:

Post a comment