Saturday, 9 September 2017

Misi Kemanusian Rohingya bawa 12 tan makanan

9 SEPT: Pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa pasukan bagi misi kemanusiaan untuk etnik Rohingya dilepaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di Pangkalan Udara Subang.
Misi tinjuan ke Chittagong, Bangladesh itu diketuai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Datuk Mohamad Adib Abdul Samad bersama enam pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai Kementerian Pertahanan serta seorang wakil dari IM4U.
Sebanyak 12 tan barangan makanan sumbangan IM4U dibawa termasuk lampin pakai buang, beras dan biskut.
Pelepasan itu turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Md Shahidul Islam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Semalam, Najib dilaporkan berkata Malaysia akan melaksanakan ‘Misi Kemanusiaan untuk Rohingya’ bagi membekalkan keperluan dan bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.














No comments:

Post a Comment