Thursday, 25 September 2014

Sekitar Keputusan Rasmi PRK N01 Pengkalan Kubor

BN menang besar di Pengkalan Kubor

Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor dengan majoriti yang lebih besar.

Calon BN Mat Razi Mat Ail dapat 9,961 undi menewaskan calon PAS Wan Rosidi Wan Ibrahim 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary 38 undi.

Majoriti BN kali ini ialah 2,635.

Majoriti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihanraya umum ke 13 ialah 1,736.

Juga BN dikatakan cuma kalah di satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) yakni Kedai Geting sahaja dari 12 PDM di Pengkalan Kubor.

Pada PRU13 BN kalah di lima PDM.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad,Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor serta para pemimpin BN lain berada di pusat penjumlahan undi Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, Tumpat semasa kemenangan itu diumumkan oleh pengurus pilihanraya.